Monday, February 23, 2009

Lisan

Hari ini merupakan lisan bagi kumpulan saya. Kumpulan saya terdiri daripada tiga orang Cina iaitu Poh Wai, Fui Do, dan saya, dan dua orang Melayu. Tajuk kami ialah perpaduan kaum. Kami semua harus berpakaian formal. Kami membahagikan kepada 5 bahagian iaitu Kepentingan, Cabaran, Langkah bagi kerajaan, Langkah bagi rakyat Malaysia dan Kesannya. Setiap orang haruslah membentang sekurang-kurangnya 5 minit. Saya bertanggungjawab untuk memberi pendapat tentang Langkah-langkah yang harus dilakukan oleh rakyat Malaysia. Saya memang sangkat takut apabila berdiri di hadapan untuk membentang. Jantung saya hampir berhenti berfungsi dan saya rasa susah bernafas, kekurangan oksigen, nasib baik saya tidak pengsan. Selepas pembentangan, sesi soal jawab telah dijalankan selama 30 minit, memang susah hati, saya tidak tahu apa yang saya jawabka. Mungkin saya tidak sesuai berdiri di atas pentas untuk memberi pendapat. Walau bagaimanapun, saya juga akan berusaha untuk mengatasi masalah ini. Mungkin satu hari, saya akan berdiri di atas pentas untuk memberi ceramah. Hari itu kemungkinan semasa saya memimpi.

No comments:

Post a Comment